About us

Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 




Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Kedai online kami, d-ultimate shop beroperasi dari Johor Bahru. d-ultimate shop berdaftar dengan SSM dan dimiliki oleh Tarwa Zi Enterprise JM0576269.  Boleh rujuk ke SSM untuk pengesahan pemilik syarikat.




d-ultimate shop menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan. Berikut adalah antara barangan 'orang perempuan macam kita-kita aje' yang terdapat di d-ultimate shop:-


  • Beg - Handbags, Purse/Wallet, Sling-bags, coin pocket purse, etc.
  • Baju Kurung - Kurung Johor, Kurung Pahang, Kurung Moden, Pesak Gantung, Kebaya Sulam, etc.
  • Tudung - Hijab, Shawls, Syria, Inner, Selendang, Bawal, Lycra, etc.
  • Menerima tempahan menjahit untuk langsir rumah sahaja.

Harga bagi barangan d-ultimate shop amat berpatutan dan berada dalam keadaan baik. Untuk makluman anda juga, kebanyakan barangan/item bagi satu-satu jenis mungkin hanya mempunyai satu stok sahaja dalam simpanan kami kecuali kami ada memaklumkan item itu lebih dari 1 stok. re-stock order/item bergantung kepada permintaan serta kebarangkalian simpanan stok pembekal d- ultimate shop. Maka, kemungkinan besar item tersebut tidak akan di re-stock oleh d-ultimate shop atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum. 




Setakat hari ini, d-ultimate hanya menjalankan urusan jual-beli dengan mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, Sabah/Sarawak. Namun begitu kami sedia menerima tempahan sekiranya anda berada di luar negara, tetapi urusan bergantung kepada kesediaan serta keadaan semasa yang akan dimaklumkan kelak.




Penghantaran barang setakat ini dilakukan melalui PosLaju Malaysia atau Pos Ekspress. Walaubagaimanapun, d-ultimate shop bersedia sekiranya permintaan bagi penghantaran  menggunakan 'Registered Post' bagi memastikan barangan anda samapi kepada anda. 




Urusan pembayaran boleh dilakukan melalui (Maybank atau CIMB Bank) deposit tunai (CDM) atau melalui perbankkan internet (online banking) ke akaun pemilik d-ultimate shop. Sila rujuk terma & syarat sebelum anda membuat sebarang pembayaran. 




d-ultimate shop amat mengalu-alukan maklum balas dari anda bagi membantu d-ultimate shop mempertingkatkan usaha kami ini untuk memberikan yang terbaik, cantik dan murah kepada anda.




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjenguk kedai online kami. ok bye.